Terma & Syarat

Am

Terma “PAJAKING” seperti yang digunakan dalam terma dan syarat ini merujuk kepada Evergreen Max Cash Capital Berhad dan anak-anak syarikatnya (secara bersama dikenali sebagai Kumpulan EMCC), sama ada dengan sendiri dan/atau secara kolektif seperti konteks memerlukan. Semua produk dan perkhidmatan Kumpulan EMCC yang disediakan di sini adalah tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian yang terpakai yang mengawal penggunaan mereka. Maklumat, bahan, fungsi dan kandungan yang disediakan dalam muka surat laman web boleh diubah dari masa ke masa dengan atau tanpa notis atas budi bicara mutlak Kumpulan EMCC. Akses kepada atau kegunaan berterusan laman web dan/atau perkhidmatan yang disediakan di sini selepas sebarang perubahan akan dianggap sebagai penerimaan anda kepada perubahan tersebut.

Penafian

Bahan dan maklumat dalam laman web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan, produk, maklumat, data, teks, grafik, audio, video, pautan atau barang lain, disediakan oleh Kumpulan EMCC atas asas “sedia ada” dan “seperti tersedia”. Rujukan kepada bahan dan maklumat yang terkandung dalam laman web termasuk bahan dan maklumat yang disediakan oleh pihak-pihak ketiga. Kumpulan EMCC tidak membuat sebarang waranti, representasi, atau endorsmen tersurat dan tersirat termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang waranti hakmilik, ketiadaan pelanggaran, kebolehniagaan, bergunanya, operasi, lengkapnya, semasanya, ketepatan, kualiti memuaskan, kebolehpercayaan, kesesuaian untuk kegunaan tertentu berhubung dengan laman web, bahan, maklumat dan/atau fungsi dalamnya dan dengan jelasnya menafikan liabiliti untuk kesilapan dan ketinggalan dalam bahan, maklumat dan/atau fungsi demikian. Tanpa pengurangan yang di atas dan/atau terma dan syarat perjanjian yang terpakai yang mengawal semua produk dan perkhidmatan Kumpulan EMCC, langkah-langkah munasabah akan diambil oleh Kumpulan EMCC untuk memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat berhubung dengan urus niaga dan produk Kumpulan EMCC yang bermula secara eksklusif dari Kumpulan EMCC. Seterusnya, Kumpulan EMCC tidak membuat sebarang waranti atau representasi bahawa akses kepada seluruh atau bahagian(-bahagian) laman web ini, bahan, maklumat dan/atau fungsi yang terkandung dalamnya akan disediakan tanpa gangguan dan bebas daripada kesilapan atau sebarang kecacatan yang dikenal pasti akan diperbetulkan, atau bahawa tidak akan ada sebarang kelewatan, kegagalan atau kesilapan atau kehilangan maklumat yang dihantar, bahawa tiada virus atau sifat-sifat yang mencemar atau merosakkan akan dihantar atau bahawa tiada kerosakan akan berlaku kepada sistem komputer anda.

Hakcipta

Melainkan dinyatakan sebaliknya, hakcipta dalam laman web ini dan kandungannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada teks, imej, grafik, fail bunyi, fail animasi, fail video, dan susunan mereka, adalah hakmilik Kumpulan EMCC, dan dilindungi oleh undang-undang Malaysia dan hakcipta antarabangsa yang terpakai. Tiada bahagian atau bahagian-bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiar, dipapar, dimain, diterbit semula, diterbit, dilesen, dipindah, dijual atau diurus secara komersial dalam sebarang cara tanpa persetujuan bertulis nyata terdahulu Kumpulan EMCC. Anda juga tidak boleh, tanpa persetujuan bertulis nyata terdahulu Kumpulan EMCC, memasukkan pautan ke dalam laman web ini atau pada mana-mana laman web lain, rangka atau “cermin” sebarang bahan yang terkandung dalam laman web ini atau pada mana-mana pelayan lain. Sebarang penerbitan semula, penghantaran semula yang tidak dibenarkan atau penyalinan atau pengubahan mana-mana kandungan laman web Kumpulan EMCC mungkin melanggar hak-hak statutori atau common law yang mungkin menjadi subjek tindakan undang-undang. Kumpulan EMCC mengenepikan semua liabiliti yang mungkin timbul hasil daripada sebarang penerbitan semula atau penggunaan kandungan laman web Kumpulan EMCC yang tidak dibenarkan.

Cap dagang

Semua cap dagang, cap perkhidmatan dan logo yang dipaparkan dalam laman web ini adalah hakmilik Kumpulan EMCC dan/atau pemilik-empunya pihak ketiga masing-masing seperti yang dikenal pasti dalam laman web. Kecuali persetujuan bertulis terdahulu Kumpulan EMCC atau pemilik-empunya pihak ketiga berkaitan mana-mana cap dagang, cap perkhidmatan atau logo dalam laman web ini telah diperoleh, tiada lesen atau hak diberi kepada mana-mana pihak yang mengakses laman web ini untuk mengguna, memuat turun, menerbit semula, menyalin atau mengubah cap dagang, cap perkhidmatan atau logo tersebut. Begitu juga, kecuali persetujuan bertulis terdahulu Kumpulan EMCC atau pemilik-empunya berkaitan diperoleh, tiada cap dagang, cap perkhidmatan atau logo tersebut boleh digunakan sebagai pautan kepada atau untuk menandakan sebarang pautan kepada laman web Kumpulan EMCC atau mana-mana laman lain.

Pengecualian Liabiliti

Kumpulan EMCC dan/atau rakan-rakan kongsinya tidak akan dalam mana-mana keadaan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan walau bagaimanapun terhasil sama ada melalui kontrak, tort, kecuaian, liabiliti ketat atau sebarang asas lain, termasuk tanpa had, secara langsung atau tidak langsung, ganti rugi khas, sampingan, lanjutan atau punitif, atau kehilangan keuntungan atau penjimatan terhasil berhubung dengan akses atau penggunaan anda atau tidak dapat mengakses atau menggunakan laman web ini, kebergantungan kepada maklumat yang terkandung dalam laman web ini, sebarang jenis kegagalan teknikal, perkakas atau perisian, gangguan, kesilapan, ketinggalan, kelewatan dalam operasi, virus komputer, atau sebaliknya. Klausa pengecualian ini akan mengambil kesan sepenuhnya yang dibenarkan undang-undang.

Indemniti

Anda dengan ini bersetuju tanpa boleh ditarik balik untuk memberi indemniti dan kekal memberi indemniti kepada Kumpulan EMCC daripada semua liabiliti, tuntutan dan perbelanjaan, termasuk sebarang yuran undang-undang yang mungkin ditanggung oleh Kumpulan EMCC berhubung dengan atau terhasil daripada (1) penggunaan atau salah guna laman web ini dan perkhidmatan yang disediakan dalamnya oleh anda, atau (2) pelanggaran terma dan syarat walau bagaimana berlaku oleh anda, atau (3) sebarang tuntutan pelanggaran hak hakmilik intelek atau hak empunya yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap Kumpulan EMCC berhubung dengan penggunaan laman web ini oleh anda.

Penamatan

Kumpulan EMCC mempunyai hak untuk menamatkan dan/atau menggantung akses anda kepada laman web ini dan/atau penggunaan laman web ini oleh anda pada bila-bila masa, atas sebarang sebab. Khususnya, dan tanpa had, Kumpulan EMCC boleh menamatkan dan/atau menggantung akses anda jika anda melanggar apa-apa terma dan syarat ini, atau melanggar hak Kumpulan EMCC, atau mana-mana pengguna lain, atau mana-mana pihak ketiga.

Lain-lain

Kegagalan Kumpulan EMCC untuk melaksana atau menguatkuasakan sebarang hak atau peruntukan terma dan syarat ini tidak merupakan pengecualian hak atau peruntukan tersebut. Jika mana-mana bahagian terma dan syarat ini ditentukan sebagai peruntukan tidak sah dan tidak dapat dikuatkuasakan menurut undang-undang terpakai, maka peruntukan tidak sah dan tidak dapat dikuatkuasakan tersebut akan dianggap digantikan dengan peruntukan yang sah dan boleh dikuatkuasakan yang paling terdekat dengan niat peruntukan asal dan baki peruntukan lain terma dan syarat tersebut akan kekal berkuasa dan berkesan sepenuhnya. Sebarang hak yang tidak diberi secara nyata di sini disimpan.

Undang-undang dan Bidangkuasa

Terma dan syarat ini dikawal oleh dan diertikan menurut undang-undang Malaysia. Dengan mengakses laman web ini dan/atau menggunakan perkhidmatan yang disediakan di sini oleh Kumpulan EMCC, anda dengan ini bersetuju kepada bidangkuasa eksklusif mahkamah-mahkamah Malaysia di Kuala Lumpur, Malaysia dalam semua pertikaian hasil daripada atau berhubung dengan penggunaan laman web ini. Kumpulan EMCC tidak membuat sebarang representasi bahawa bahan, maklumat, fungsi dan/atau perkhidmatan yang diberi dalam laman web ini adalah wajar atau tersedia untuk digunakan dalam bidangkuasa selain daripada Malaysia.