Soalan Lazim

Maklumat yang anda mungkin ingin tahu

PERKHIDMATAN GADAIAN

Bagaimana gadaian dilaksanakan?

Barang cagaran anda yang digadai akan dinilai oleh kakitangan kami sebelum amaun pinjaman diberi berasaskan kadar pasaran emas semasa.
Sila bawa Kad Pengenalan /Pasport anda apabila amaun pinjaman dipersetujui, dan semua pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan gadaian mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas. Seterusnya, kakitangan kami akan mencatatkan maklumat anda dan mengeluarkan surat gadaian dengan tempoh sah selama 6 bulan. Kadar faedah bulanan yang biasa dikenakan adalah sebanyak 1.5% atau 2% setiap bulan berasaskan amaun pinjaman.

Anda mungkin terlupa atau tidak dapat menebus emas anda yang telah digadai pada penghujung 6 bulan disebabkan kesibukan atau komitmen anda yang lain. Oleh itu, kami akan memaklumkan kepada anda sebelum lelongan dilakukan. Anda boleh menebus barang berharga anda atau memperbaharui surat gadaian anda untuk 6 bulan selanjutnya. Untuk pembaharuan, anda perlu membayar faedah yang perlu dibayar sebelum lanjutan 6 bulan diberikan.

Anda boleh menebus emas anda yang telah digadai di cawangan di mana anda telah membuat gadaian pada waktu operasi cawangan tersebut dalam tempoh 6 bulan. Faedah bulanan sebanyak 1.5% atau 2% akan dikenakan ke atas emas yang digadai. Untuk penebusan, sila bawa kad pengenalan anda untuk warga tempatan dan pasport untuk warga asing. Ini adalah untuk tujuan pengesahan supaya orang yang menebus barang ialah orang yang membuat gadaian.

Di PAJAKING, kami menerima Emas, Jam Mewah yang berjenama , Beg Mewah yang berjenama dan Berlian

Yuran pemprosesan sebanyak RM0.50 akan dikenakan untuk setiap surat gadaian yang dikeluarkan. Selain daripada yuran pemprosesan, tiada caj lain atau kos tersembunyi akan ditanggung.

Semua individu berumur 18 tahun ke atas. Kami mengalu-alukan semua individu yang dapat mengemukakan kad pengenalan atau Pasport untuk tujuan pengesahan.

Jangan risau jika anda kehilangan surat gadaian anda, kami akan melakukan pengesahan melalui kad pengenalan/Pasport anda.Yang paling penting, sila maklumkan kepada kami di cawangan masing-masing dengan segera untuk menghalang penebusan yang tidak dibenarkan oleh orang lain. Anda boleh mengambil surat gadaian di cawangan di mana anda telah membuat gadaian.

Lesen pajak gadai adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pemegang pajak gadai berlesen juga perlu mematuhi Undang-undang Malaysia, terutamanya Akta 81 – Akta Pemegang Pajak Gadai. Akta Pemegang Pajak Gadai berkuat kuasa sejak 1972 yang diterbitkan oleh Pesuruhjaya Semakan Undang-undang Malaysia, di bawah kuasa Akta Penyemakan Undang-undang 1968, bekerjasama dengan Percetakan Nasional Malaysia Bhd.

WAKTU OPERASI CAWANGAN

Masih ada pertanyaan tentang perkhidmatan kami?
Hubungi kami sekarang dan kami akan menjawab pertanyaan anda dengan secepat mungkin.